Waktu terbaik minum air kosong yang anda mungkin tidak tahu.

Iklan
Waktu terbaik minum air kosong yang anda mungkin tidak tahu.

MINUM air kosong sememangnya penting untuk menjaga kesihatan tubuh, melancarkan metabolisma tubuh sekali gus memelihara berat badan yang ideal.

Ini kerana dengan cukupnya kandungan air dalam badan, ia sekali gus membantu pembakaran kalori dengan lebih cepat.

Iklan
Iklan

Tetapi tahukah anda, bilakah waktu yang sesuai yang harus diamalkan untuk minum air kosong ini?

Sinar Plus kongsikan enam waktu yang paling terbaik untuk minum air kosong supaya kesihatan anda supaya menjadi lebih baik dan teratur.

Iklan

1.Bangun tidur

Minum dua gelas air kosong untuk mengaktifkan organ dalaman kita sebelum meneruskan aktiviti rutin harian selepas bermulanya pagi.

Iklan

2.Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak pada waktu ini. Ia dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah.

3.Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.

4.Bila anda rasa penat

Tahukah anda bahawa keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, ambil satu atau dua gelas air memadai.

5.Selepas bersenam

Keperluan air selepas bersenam tidak perlu disangkal lagi. Tubuh secara automatik akan mencari air putih untuk menghilangkan penat selepas bersenam. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar. Tetapi anda perlu pastikan tidak tergesa-gesa kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.

6.Sebelum tidur

Ramai yang tidak suka minum air kosong sebelum tidur kerana risau perlu bangun malam untuk membuang air kecil.

Sebenarnya minum air sebelum tidur adalah tindakan yang baik untuk membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh. Namun, minum segelas air putih sebelum tidur juga boleh membantu mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung.

Semoga bermanfaat dan dapat memberikan pengetahuan baru kepada semua.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH