Jangan marah-marah, KKM kongsi 6 langkah mudah atasi sifat negatif tersebut

Iklan
Jangan marah-marah, KKM kongsi 6 langkah mudah atasi sifat negatif tersebut

PERASAAN marah adalah emosi semula jadi yang bersifat negatif. Marah juga kebiasannya berpunca daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan akhirnya ada yang tidak terkawal.

Secara umumnya, perasaan marah boleh diterima masyarakat, tetapi bukan marah yang tidak terkawal atau berlebih-lebihan.

Iklan
Iklan

Ketika kita sedang marah, paras degupan jantung dan tekanan darah meningkat juga meningkat secara tidak langsung pernafasan menjadi cepat serta pendek.

Bukan itu saja, apabila kita sedang marah, otot akan menegang, paras hormon (adrenalin dan noradrenalin) meningkat hingga menyebabkan pergerakan badan menjadi sangat bertenaga.

Iklan

Sebab itu jugalah Hulk bila marah dia bertukar hijau dan menjadi sangat kuat!

Sementara itu, kemarahan juga boleh berpunca daripada faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan diri berasa gelisah dan seterusnya berasa terancam.

Iklan

Antara punca kemarahan yang kebiasaan berlaku dengan mudah adalah seperti:

  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan.
  • Terbiar tanpa diendahkan.
  • Tidak boleh mengawal emosi atau perasaan.
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan.

Kebiasannya marah akan tercetus apabila kita tidak dapat mengawal atau mengubah sesuatu perkara yang dibenci.

Benci mengakibatkan keresahan dan ini adalah perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk.

Justeru, kita perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal untuk kebaikan diri sendiri dan orang berdekatan.

Walaupun marah adalah satu kelangsungan hidup, ia juga boleh membahayakan. Marah akan mendorong diri kita bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati.

Jadi, kalau korang rasa sangat marah, cuba lakukan enam perkara ini seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mereka kongsikan baru-baru ini di laman Facebook:

  • Mendapat nasihat orang lain.
  • Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan.
  • Kenal pasti punca korang marah.
  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan.
  • Bertenang kemudian tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
  • Biasakan diri untuk memaafkan orang lain. Tanamkan dalam diri bahawa manusia juga melakukan kesilapan.

Selain itu korang juga boleh cuba berjenaka dengan kenalan atau orang disekeliling untuk menghilangkan perasaan marah.

Beralih daripada persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah itu juga jauh lebih baik.

Semoga bermanfaat!