Positif Covid-19, Syafiq Farhain mohon maaf

Iklan
Untitled design (22)

PENYANYI, Syafiq Farhain memaklumkan dia telah dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Rabu.

Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim berkata, dia membuat keputusan untuk melakukan ujian calitan selepas berasa tidak sedap badan.

Iklan
Iklan

"Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya…. Saya didapati positif Covid-19.

"Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik buat ujian calitan juga,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya pada petang Khamis.

Iklan

[caption id="attachment_37407" width="1024"] Antara perkongsian yang dibuat Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya.[/caption]

Bintang Big Stage musim pertama itu turut memohon maaf seandainya menyusahkan mana-mana pihak yang perlu membuat ujian calitan kerananya.

Iklan

"Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu tidak memaklumkan punca dia dijangkiti virus tersebut.