'Boboboi kuasa tiga', Cik Piah selamat bersalin anak lelaki

Iklan
Feeya Iskandar

PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam, pada Khamis.

Menurut Cik Piah, bayi lelaki dengan berat 3.38 kilogram itu dilahirkan secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.

"Boboboi kuasa tiga. Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” kongsinya.

Iklan

Dalam pada itu Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.

"Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya.

Iklan

 

(FOTO: Suria FM)