RAMAI yang suka makan buah Mandarin ni kan? Lagipun ia dikatakan kaya dengan vitamin C.
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ni, limau Mandarin memang mudah diperolehi di mana-mana pasaraya dan kedai buah.
Tambah lagi, ada juga yang dapat secara percuma daripada kenalan berbangsa Cina kan.
Ini kata Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, ChM Dr Fatimah Salim mengenai perkara itu.
Menurutnya, pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan buah kering.
Katanya, untuk membuang bahan pengawet ini eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.
Baca juga Patutlah cendawan shiitake ini popular, mahal. Rupa-rupanya penuh dengan khasiat tersembunyi
Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.
Selamat bercuti sempena Tahun Baharu Cina semua. Terus amalkan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.