Terkejut didiagnos kanser walau sudah bertahun tinggalkan tabiat merokok            

Iklan

SEMPENA HARI KANSER SEDUNIA

MOHD Jazli Jasmin, 39, tidak menyangka, batuk yang berlarutan hingga beberapa bulan lamanya merupakan petanda beliau menghidap kanser paru-paru tahap 3.

Iklan
Iklan

Kata bapa kepada dua orang anak itu, ujian itu amat berat baginya kerana beliau sudah hampir beberapa tahun meninggalkan tabiat merokok.

Iklan

[caption id="attachment_37550" width="1024"] Mohd Jazli Jasmin.[/caption]

Selepas pemeriksaan dilakukan, Mohd Jazli mengakui sangat terkejut dan sukar menerima hakikat bahawa dirinya didiagnos sebagai seorang penghidap kanser paru-paru pada tahun 2019.

Iklan

Mohd Jazli memberitahu SinarPlus, beliau mengakui pengetahuannya tentang penyakit berisiko itu memang agak kurang.

Lagipun, keputusannya meninggalkan tabiat merokok itu pun selepas pemergian arwah abangnya yang menderita kanser mulut kira-kira sembilan tahun lalu.

Setelah 'diaudit' kembali, lelaki itu berkata, punca dirinya mengalami kanser berkenaan berkemungkinan besar atas faktor asap rokok selain faktor genetik.

"Meskipun saya sudah lama tidak merokok, saya masih terdedah dengan asap rokok terutamanya ketika bersama rakan sekerja lain.

"Saya terima ketentuan takdir ALLAH. Mohon doakan agar saya dapat bertahan dan cepat sembuh daripada kanser ini dan boleh kembali bekerja seperti sediakala.