Dalam masa dua jam, Belagu berada di tangga pertama iTunes

Iklan
Untitled design (32)

PENYANYI Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan peminat yang telah meletakkan album klasik terbaharunya, Belagu di tangga pertama carta iTunes, hanya dalam tempoh dua jam pada Jumaat.

Menurut Dayang, dia terharu dengan sambutan hangat diberikan pendengar dan peminat muzik tempatan.

Iklan
Iklan

"Dayang diberitau pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam (Jumaat) dan dua jam selepas itu ia berada di tangga nombor satu di carta album paling laris jualan di iTunes.

"Alhamdullilah, terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini sangat berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik.

Iklan

"Terima kasih kepada pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian saya menghasilkan album ini, terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Tambah Dayang, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album Belagu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Iklan

Album Belagu menghimpunkan lagu klasik antaranya Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga.

Penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut membuat kemunculan istimewa dengan mendendangkan lagu Gurindam Jiwa secara duet dengan Dayang.

Album Belagu berupa projek khas Dayang yang mana kerja-kerja rakaman dilakukan secara langsung dengan studio khas dibina dalam sebuah gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.

Belagu diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Album ini boleh dinikmati secara digital sekarang di platform muzik maya utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox.