Royale Chulan Bukit Bintang kini tinggal kenangan

Iklan
Royale Chulan Bukit Bintang kini tinggal kenangan

SEJAK awal tahun lalu, Covid-19 yang melanda seluruh dunia bagaikan satu petaka yang melanda industri pelancongan dunia.

Selain sektor penerbangan, satu lagi sektor yang turut menerima kesan paling dahsyat angkara Covid-19 ialah perhotelan.

Iklan
Iklan

Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.

Lebih malang lagi ada juga dalam kalangan mereka yang tewas dan tidak mampu lagi untuk bertahan sehingga terpaksa gulung tikar.

Iklan

Hotel empat bintang terkemuka di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Royale Chulan Hotels and Resorts Malaysia juga turut tidak terlepas daripada menerima tempias hebat apabila hari ini mereka telah mengumumkan penamatan operasi dengan serta merta.

Memetik laporan The Sun, satu kenyataan media dikeluarkan oleh pihak Royale Chulan Hotels and Resorts Malaysia menyatakan mereka telah menutup operasi.

Iklan

Menurut kenyataan itu, ia juga tidak menjelaskan secara terperinci mengapa hotel tersebut mengambil keputusan untuk menamatkan operasi dan berkemungkinan ia juga akan dijual kepada syarikat lain yang berminat untuk mengambil alih seperti sebelum ini.

The Royale Bintang Kuala Lumpur merupakan hotel yang terletak di terletak bandar raya Kuala Lumpur dan dimiliki oleh Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd.

Syarikat tersebut merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad. (BHB) dan telah memulakan operasi secara rasmi pada sekitar 2004.

Pada tahun 2019, dilaporkan BHB telah menjual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang di Kuala Lumpur kepada Hotel Royal Ltd yang tersenarai di Singapura dengan harga RM197 juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia ketika itu, BHB mengatakan kumpulan itu diharapkan dapat memperoleh keuntungan yang dianggarkan berjumlah RM92 juta setelah penyelesaian cadangan pelupusan tersebut.

BHB sebelumnya menandatangani perjanjian untuk menjual hotel 418 bilik itu kepada anak syarikat Hotel Royal Every Room A Home Sdn Bhd.

Difahamkan, penyerahan harta tanah hotel Bukit Bintang kepada pemilik barunya seharusnya dilakukan pada akhir bulan ini.

Sumber: NST