BUNTU memasak lauk apa hari ini? Apa kata cuba masakan mudah, namun boleh membuatkan korang bertambah nasi.
Mana tidaknya, ia sejenis lauk 'lejen' namun sangat menyelerakan.
Gabungan rasa kentang dan bilis yang digaul dengan cili boleh membuatkan korang rasa puas menikmatinya dengan nasi atau bersama roti.
Bahan-bahan yang digunakan juga hanya sedikit serta cara masakannya sangat mudah!
Bahan-bahan;
- Kentang
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Cili padi
- Belacan
Cara-cara membuatnya;
1. Potong nipis kentang dan goreng.
2. Goreng ikan bilis.
3. Tumbuk cili padi, bawang merah, putih dan belacan
4. Tumis hingga garing. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Cuba juga Kari ikan sardin sedap, resipi ini tak rasa muak
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!
Sumber: Nabillah Zuillkipli