3 bayi lahir di Tahun Baharu Cina, ibu bapa teruja kongsi pengalaman masing-masing

Iklan
Hospital Pantai Kuala Lumpur sambut kegembiraan berganda

TAHUN ini, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) meraikan kegembiraan berganda apabila menyambut kelahiran tiga orang bayi pada Tahun Baharu Cina.

Bagi pasangan Jill Wee Li Queen, 31 dan K. Jeeva Reuben, 30, anak lelaki kedua mereka ini ibarat satu kejutan yang menggembirakan pada Tahun Baharu Cina kerana lahir dua minggu lebih awal daripada jangkaan.

Iklan
Iklan

Kelahiran bayi mereka pada 12 Februari 2021 seberat 2.42 kg ini amat menggembirakan kerana Jill melahirkannya secara normal tanpa sebarang komplikasi.

Iklan

"Kami juga gembira kerana tarikh ini sangat cantik, 12.2.21, satu palindrome dan jatuh pula pada tarikh bertuah, Tahun Baharu Cina. Mungkin dia akan mendapat banyak duit raya tahun ini!,” katanya lagi.

Pasangan ekspatriat

Iklan

Bagi pasangan ekspatriat dari Rajasthan, India, Sarooj Poonia, 33 dan suaminya, Surendra Kumar, 38 yang turut menimang cahaya mata lelaki yang lahir pada 13 Februari 2021 pada pukul 3.32 pagi dengan berat 3.0 kg.

Anak lelaki sulung kami yang berusia 8 tahun dilahirkan secara normal sebelum ini. Sebab itu, pada awalnya saya berasa sedikit risau,” kata Sarooj.

Kelahiran ketiga

Beberapa jam kemudian, Wad Bersalin C3 di PHKL menyambil kelahiran bayi Tahun Baharu Cina yang ketiga, seorang bayi perempuan milik Bavani a/p Sivalingam, 36 dan suaminya Thraidevjeet Singh, 36.

Puteri kecil ini merupakan anak sulung mereka, lahir pada 13 Februari 2021 pada pukul 7.18 malam dengan berat 2.87 kg.

Pasangan tersebut telah bersiap sedia lebih awal untuk kelahiran anak perempuan mereka.

Apa yang membuatkan pengalaman ini amat bermakna bagi Bavani adalah dia sendiri dilahirkan di PHKL kira-kira 36 tahun yang lepas.

Dia dan suaminya amat gembira dengan perkhidmatan yang diterima di PHKL.

Selain daripada kepakaran dalam rawatan Kanser, Jantung, Tulang dan Kecemasan, PHKL juga mempunyai reputasi teguh dalam bidang kesihatan Wanita & Kanak-kanak dalam Lembah Klang menerusi pengiktirafan yang diterima daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sebagai hospital swasta pertama di Malaysia yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi.

PHKL juga terus mengamalkan SOP yang ketat terutamanya sepanjang musim pandemik ini yang menjadikannya hospital pilihan pesakit dan komuniti di sekelilingnya.

Selain daripada lokasi strategiknya dalam Lembah Klang, PHKL juga mempunyai tiga ambulans yang sentiasa bersedia untuk keperluan pesakit untuk ke hospital dalam sebarang situasi kecemasan.