Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana, kita ada hak! Ini apa yang ramai tak tahu

Iklan
Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana, kita ada hak! Ini apa yang ramai tak tahu

BARU-BARU ini tular di media sosial apabila seorang pengguna wanita di Twitter mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya di Jalan Duta pada 12 Februari lalu.

Wanita itu mendakwa polis bertugas menuduhnya tidak memakai pakaian dalam serta mengancam akan mengeluarkan saman kecuali jika beliau membuktikan sebaliknya.

Iklan
Iklan

Terpanggil untuk mengulas kejadian tersebut, Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal menjelaskan, perbuatan itu jelas menyalahi undang-undang.

Iklan

Difahamkan, lebih daripada 300 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara ketika pusingan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, namun ramai yang masih belum jelas mengenai hak mereka ketika berdepan situasi seperti ini.

Iklan

Jika polis mengugut untuk menangkap dan meminta"bayaran" dalam bentuk seksual (raba, sentuh, pandang), ia adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 509 atau Seksyen 354 dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Noor Aziah juga menggesa mangsa tampil membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang salah laku termasuk yang melibatkan gangguan seksual oleh agensi penguatkuasa ketika melaksanakan sekatan jalan raya semasa PKP.

Jelas beliau lagi, polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) apabila melakukan sekatan jalan raya ketika PKP.

Noor Aziah juga mengingatkan agar semua agar sentiasa cakna hak dan keselamatan diri.

Walaubagaimanapun, tindakan pengguna Twitter tersebut menularkan kejadian ini di media sosial kurang wajar serta tidak melalui saluran yang betul.