Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka

Iklan
Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka

JIKA korang salah seorang penggemar tempe, rugi tak mencuba resipi ini.

Tempe merupakan makanan yang diperoleh daripada kacang soya. Ia agak terkenal di negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia.

Iklan
Iklan

Kebanyakan cara masakannya juga mudah, termasuklah jika digoreng bersama daun kari.

Iklan

Jika sebelum ini korang hanya menikmati tempe dengan goreng kosong dan masakan sambal, apa kata kali ini cuba resipi mudah dan sedap ini.

Iklan

Bahan-bahan;

Bahan A:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili merah

Bahan B:

  • Tempe (digaul kunyit, garam dan sediki serbuk bawang putih)
  • 6 tangkai daun kari
  • Sedikit perasa

Cara-cara membuatnya;

1. Kisar kasar bahan A. Ketepikan.

2. Goreng tempe hingga garing. Ketepikan.

3. Tumis bahan A. Kemudian, masukkan daun kari.

4. Setelah bahan tumisan masak, perasakan dengan garam dan perasa.

5. Masukkan tempe dan gaul rata.

Cuba juga Ikan bilis kentang berlada ‘lejen’, menyelerakan!

Selamat mencuba!

Sumber: Razila Razak