Famili Duo, satukan selebriti bersama keluarga      

Iklan
Untitled design (37)

BERMULA ‘spin-off’ daripada program Family Singing Show di 8TV, TV3 membawakan program Famili Duo yang menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Program realiti nyanyian ini mula bersiaran sejak 14 Februari, setiap hari Ahad, jam 9 malam untuk lapan minggu berturut-turut.

Iklan
Iklan

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad dan turut dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri.

Uniknya, program ini menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod.

Iklan

Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas. Pada pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik.

Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo.

Iklan

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my.