Terpaksa guna jalan terakhir, jual bas dan van kepada peniaga besi buruk demi kelangsungan hidup

Iklan
Pengusaha bas sekolah kini jadi pemandu lori, terkesan akibat Covid-19

SUSULAN arahan penutupan sekolah di seluruh negara yang diputuskan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan buat kali kedua sejak penutupan kali pertama pada pertengahan Mac, ianya dilihat banyak memberi kesan kepada banyak pihak terutama dari pihak sekolah sendiri.

Kesan daripada tindakan itu bukan sahaja dirasai pihak pengurusan dan pelajar malah turut memberi tamparan amat hebat buat pengusaha bas dan van sekolah yang hilang punca pendapatan harian mereka.

Iklan
Iklan

Buktinya, seramai 214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan kini dilaporkan terpaksa gulung tikar akibat hilang punca pendapatan sejak Mac tahun lepas susulan penutupan sekolah akibat penularan Covid-19.

Memetik laporan portal media tempatan, Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata, rata-rata pengusaha bas dan van sekolah amat terdesak, sehingga ada yang terpaksa menjual bas dan van mereka kerana tiada lagi pendapatan.

Iklan

Beliau berkata akibat terdesak juga ada dalam kalangan mereka menjual kenderaan berkenaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, selain menjual kepada peniaga besi buruk dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 demi meneruskan kehidupan selain tidak mampu menampung kos operasi.

Iklan

Mengulas lanjut Wan Mohd Nuhairi berkata, pengusaha bas sekolah amat berharap kerajaan dapat membantu mereka, khususnya dari segi memudahkan pinjaman bank.