Putus haid berisiko tinggi dapat penyakit jantung koronari termasuk mati mengejut, Dr Lim kongsi langkah pencegahan

Iklan
Putus haid berisiko tinggi dapat penyakit jantung koronari termasuk mati mengejut, Dr Lim kongsi langkah pencegahan

TAHUKAH anda, menurut pakar kardiologi, golongan wanita yang putus haid atau menopaus berisiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari!

Ya!Memetik laporan portal media tempatan, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Lim Kien Chien berkata, ini kerana selepas putus haid, wanita kehilangan perlindungan hormon seks estrogen dan progesteron, yang dibebaskan daripada kelenjar terutamanya ovari, yang turut berfungsi sebagai pelindung kepada pembentukan aterosklerosis atau penyempitan dan pengerasan pembuluh darah akibat plak.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pembentukan aterosklerosis yang berlaku pada dinding salur darah arteri jantung koronari merupakan satu proses keradangan di mana kolesterol berlebihan terutamanya kolestrol tidak baik (LDL) termendap pada dinding arteri.

Iklan

Iklan

Tambahan pula gangguan bekalan oksigen juga mampu mengakibatkan beberapa penyakit seperti:

  • Angin ahmar
  • Serangan jantung
  • Serangan otak
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kematian mengejut

Permulaan proses aterosklerosis ini juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, atau merokok.

Sementara itu, Dr Lim berkata, tidak semua individu mempunyai masalah kolestrol memerlukan ubat selain paras alkohol yang boleh diterima oleh setiap individu juga berbeza. Apa yang mereka boleh lakukan adalah:

  • Amalan gaya hidup sihat
  • Kurangkan makanan berlemak
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Menjaga berat badan juga mampu mengurangkan 20 peratus masalah kolestrol.

Dr Lim menambah, penilaian risiko untuk seseorang mengalami penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang boleh dibuat oleh doktor menerusi kaedah ‘Framingham Risk Score’.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Kardiovaskular Hospital Pantai Ayer Keroh di talian 06-2319999 sambungan 2229 atau membuat temu janji di laman https://www.pantai.com.my/ms-my/ayer-keroh/make-appointment.