BAGI para lelaki, kain pelikat sememangnya antara item wajib untuk dipakai ketika solat mahupun bersantai di rumah.
Pun begitu, jika dilihat secara rambang, kebanyakan gaya pemakaian kain pelikat berbeza-beza.
Lagi melucukan, ada yang senget tidak selari dengan corak garisan kain malah ada yang mudah terlucut.
Pun begitu perkongsian seorang warganet dalam akaun Twitter mengundangkan pelbagai reaksi dek kekemasan kain pelikat yang dipakai.
Video yang dikongsikan @amer_aljeffrey yang berdurasi 59 saat itu menerima lebih 800,000 tontonan. Wah memang ramai yang menonton.
Hantaran dengan kapsyen"31 tahun hidup, only today aku tahu macam ni cara ikat kain pelikat dengan kemas!”.
Memang kemas kain pelikat yang dipakai pemuda tersebut dan apa yang paling menjadi tumpuan adalah komen-komen netizan yang tidak pernah mengecewakan.
Bagi si lelaki yang berperut buncit, dikatakan tidak akan menjadi.
Level confident tahap dewa jika pakai kain sekemas itu.
Ada juga terpikat untuk dijadikan menantu.
Tidak kurang juga berkongsi pengalaman kain pelikat jadi kembang seperti princess.
Jenis kain pelikat juga memainkan peranan.
Ada juga yang memuji dek didikan keluarga jadi Melayu sejati.
Tutorial kain batik pun ada orang minta.
Tidak dinafikan, masih ada lagi anak-anak muda yang tidak pandai memakai kain pelikat berbanding golongan bapa-bapa dan warga emas.
Barangkali mereka kembali teruja untuk mencuba selepas melihat tutorial yang dikongsikan pemuda tersebut.
Bukan setakat pakai untuk solat, boleh juga belajar untuk dipakai pada hari raya nanti kerana cara pemakaian samping pun lebih kurang sama.