Beruntung pelajar Muar! Syed Saddiq biaya 400 tablet

Iklan
1Beruntung pelajar Muar! Syed Saddiq biaya 400 tablet

SELEPAS kejayaan menjayakan misi mencukur rambut untuk kempen 1 Keluarga 1 Laptop, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih ‘tak duduk diam’!

Beliau sekali lagi dilihat kembali mengutip dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar, Johor pada awal Februari lalu.

Iklan
Iklan

Untuk kempen kali ini, Saddiq menawarkan kursus pendek dalam talian yang menyasarkan untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.

Apa yang menarik, kempen yang dilancarkan Saddiq yang dinamakan ThunderBOLD menyaksikan bekas menteri belia dan sukan itu sendiri akan mengajar kursus yang merangkumi pemikiran kritikal, seni berpidato dan kemahiran menulis.

Iklan

Iklan

Tambah Saddiq lagi, beliau sendiri yang menguruskan bagi memilih dan memastikan tablet yang diberi adalah dengan kualiti yang sangat baik.

Beruntung pelajar Muar dan para penyumbang. Pelajar dapat Tab percuma, penyumbang pula dapat sertai kelas dan tenaga pengajarnya bekas menteri Malaysia tau! Pasti ramai yang dah tak sabar untuk sertai kelas pertama beliau yang dijadualkan bermula 20 Februari ini.

Tahniah YB Saddiq!