Adibah Noor tawar diri ajar Bahasa Inggeris di DidikTV, ada persoal kelayakan

Iklan
Untitled design (17)

PENYANYI, pengacara dan pelakon, Adibah Noor sekali lagi menjadi perhatian di laman Twitter apabila menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar di DidikTV yang dilancarkan secara rasmi pada Rabu.

Adibah menerusi Twitter miliknya secara berseloroh menawarkan diri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadi perantara mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

"Saya nak offer diri kepada @KemPendidikan untuk jadi perantara yang mengajar bahasa Inggeris kat DidikTV, boleh?” tulisnya.

Iklan

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta menyokong hasratnya itu.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang mempertikaikan hasrat Adibah dan merasakan beliau tidak layak untuk menjadi tenaga pengajar.

Iklan

[caption id="attachment_38121" width="1024"] Antara komen yang ditinggalkan di Twitter Adibah.[/caption]

Tidak hanya berdiam diri, personaliti berusia 51 tahun itu berkongsikan latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

[caption id="attachment_38122" width="1024"] Adibah turut berkongsi kelayakan yang dimilikinya.[/caption]