Pra-tempahan Playstation 5 fasa ke-3 bermula malam ini, pembelian melalui Lazada

Iklan
Pra-tempahan Playstation 5 fasa ke-3 bermula malam ini, pembelian melalui Lazada

MACAM jual pisang goreng panas! Begitulah gambaran yang dapat dilihat sejak permainan video Playstation 5 (PS5) mula dijual secara pra-tempahan bagi pasaran tempatan hujung tahun lalu.

Memandangkan kuantiti yang boleh dipra-tempah adalah terhad, Sony Interactive Entertainment sebelum ini membuka pendaftaran untuk membuat tempahan hanya untuk pegguna PlayStation sedia ada yang sudah mempunyai PlayStation Network ID (PSN ID).

Iklan
Iklan

Pelanggan yang berminat hanya perlu meninggalkan PSN ID mereka di laman web rasmi Sony.

Menurut FAQ, pelanggan akan dipilih berdasarkan akaun dan id yang aktif sahaja!

Iklan

Pelanggan yang bertuah akan dimaklumkan melalui emel yang mana arahan lanjut akan diberikan dan mereka perlu bertindak segera untuk mengesahkan pembelian.

Kini Sony Malaysia sekali lagi mengumumkan mereka akan memulakan gelombang ketiga untuk pra-tempahan konsol PlayStation 5 bermula 19 Februari 2021 seperti apa yang mereka kongsikan di laman Facebook rasmi Sony Malaysia.

Iklan

Namun, ia sedikit berbeza dengan sebelum ini kerana pra-tempahan konsol PlayStation 5 untuk gelombang ketiga akan dilakukan secara online melalui platform e-dagang popular, Lazada.

Berikut adalah harga rasmi konsol PlayStation 5 dan seperti korang sedia maklum, PlayStation 5 akan dijual dengan dua edisi iaitu edisi digital (Tanpa pemacu optik Blu-Ray) dan edisi biasa yang menyertakan pemacu optik blu-ray).

  • PlayStation 5 Edisi Biasa – RM2,299
  • PlayStation 5 Edisi Digital- RM1,869

Bagi korang yang berminat, boleh membuat pra-tempahan PlayStation 5 bermula tengah malam ini dan elak daripada membayar lebih untuk mendapatkan konsol berkenaan di Malaysia.

Pastikan korang periksa terlebih dahulu butiran penjual kerana sejak PS5 rasmi dilancarkan puluhan kes dilaporkan berlaku disebabkan oleh penipuan scammer!

Selain dari harga yang ditawarkan oleh Sony, korang perlu berhati-hati dengan harga yang tidak masuk dek akal! Jangan sampai ditipu!