Masih aktif berlakon, Fadlan Hazim nafi ‘berehat’ daripada industri seni

Iklan
Fadlan Hazim

PELAKON Fadlan Hazim meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia kini berehat sementara daripada industri.

Menurusi perkongsian di Instagram Story miliknya hari ini, Fadlan, 29, menegaskan dia masih aktif berlakon seperti biasa.

Iklan
Iklan

"Siapa yang pandai-pandai cakap aku ‘berehat sementara’ daripada industri?

"Aku sakit pun datang set macam biasa, tak pernah minta cuti kecuali kalau kena masuk wad,” jelasnya.

Iklan

Tambah pelakon drama Seribu Rindu itu lagi, banyak projek lakonannya yang yang telah siap penggambaran belum ditayangkan kepada umum.

"Ada saja shoot, cuma projek itu tak keluar TV lagi,” katanya.

Iklan

Sepanjang tahun lalu, Fadlan juga muncul dengan beberapa drama rantaian termasuk Dia Adelia, Manis Agnes Jam 5, Alergi Mamat Romantik dan Manuskrip Cinta.