Yes! Dah boleh makan di kedai mulai esok, tapi bergantung saiz meja

Iklan
1Yes! Dah boleh makan di kedai mulai esok, tapi bergantung saiz meja

SEPERTI ramai sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semua, orang ramai kembali terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk tidak dibenarkan makan di kedai makan.

Terkini, kebenaran untuk makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan adalah merupakan antara kelonggaran baharu diputuskan kerajaan bagi kawasan yang dikenakan PKP hari ini.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu akan mula berkuat kuasa esok.

Iklan

Sementara itu, PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pula telah dilanjutkan bermula esok hingga 4 Mac ini.

Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan dan hanya dua penumpang dibenarkan menaiki satu kenderaan.

Iklan

Ismail Sabri juga berkata, mesyuarat bersetuju mencadangkan agar upacara akad nikah di kawasan PKP dibenar dijalankan di pejabat agama dan masjid dengan kehadiran had maksimum 20 orang, tidak termasuk jurunikah serta saksi.

"Bagaimanapun, urusan akad nikah ini di bawah bidang kuasa pejabat agama negeri, ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa agama negeri tapi kita bersetuju dengan cadangan had maksimum seramai 20 orang,” katanya sambil menambah sebelum ini, hanya lima orang dibenarkan hadir bagi upacara akad nikah.

Arahan baharu kawasan PKPB dan PKPP

Sementara itu antara arahan yang telah ditetapkan pada kawasan yang dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP), pula adalah seperti berikut :

  • Upacara pernikahan dibenarkan dengan kehadiran had maksimum 50 peratus mengikut keluasan premis
  • Kehadiran tetamu adalah mengikut keluasan premis dengan syarat penjarakan fizikal satu meter.
  • Bagi pernikahan dan majlis resepsi untuk bukan Islam, perkara itu akan diumumkan Kementerian Perpaduan.
  • Aktiviti bengkel, kursus, latihan, ceramah dan aktiviti berkaitan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) masih tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala di kawasan PKPP dan PKPB, ia dibenarkan beroperasi pada had 50 peratus kehadiran peserta berdasarkan kapasiti premis serta mematuhi syarat penjarakan fizikal satu meter.
  • Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta dan majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, resepsi, akikah, tahlil dan sambutan kelahiran di kawasan PKP masih tidak dibenarkan manakala di kawasan PKPB, ia dibenarkan dengan had kehadiran tetamu sebanyak 50 peratus mengikut kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, sementara di kawasan PKPP adalah dibenarkan dengan syarat ada penjarakan fizikal.

Berhubung aktiviti pelancongan dan kebudayaan, Ismail Sabri berkata aktiviti pelancongan seperti zoo, akuarium dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus keluasan premis namun bagi kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD), aktiviti pelancongan keluar masuk di kawasan terbabit adalah tidak dibenarkan.

Beliau juga berkata berkaitan sektor pendidikan dan sukan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman berhubung aktiviti dan SOP masing-masing sepanjang pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP.

Katanya kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Sebako 1 dan 2 di Lundu, Sarawak esok seperti dijadualkan manakala PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak dilanjutkan bermula 20 Feb hingga 1 Mac.