AKIBAT fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab utama kepada berlakunya cuaca panas melampau yang dijangka akan berlarutan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengesahkan dan memaklumkan kepada orang ramai cuaca panas yang dialami di seluruh negara ketika ini dijangka kembali reda bermula pertengahan April ini.
Cuaca panas yang melampau itu juga menyebabkan situasi kurang selesa kepada kebanyakan haiwan, terutamanya ular.
Ya! Ini adalah kerana ular merupakan haiwan yang berdarah sejuk dan akan mencari kawasan lebih lembap untuk berlindung.
Faktor yang mendorong ular keluar dari habitan adalah seperti :
- Gangguan manusia
- Suhu melampau
- Kehilangan habitat
- Mencari kawasan baharu
Untuk pengetahuan, ular memerlukan dua jenis suhu. Satu untuk ia berjemur, satu untuk ia lembab. Reptilia ini perlukan kelembapan. Ia perlukan cuaca panas untuk proses penghadaman makanan dengan cepat.
Jadi, jika habitat mereka bersuhu panas, mereka akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan.
Apa yang merisaukan, kelembapan itu hampir dengan kawasan kediaman kita, contohnya di dalam rumah atau di kawasan rumah.
Maka, kediaman kita juga berisiko menjadi tempat pilihan ular untuk berlindung kerana suhunya yang lebih sejuk.
Seperti tahun-tahun sudah juga banyak kes yang dilaporkan berkaitan ular menyelinap masuk ke dalam kediaman ketika musim panas.
Oleh kerana kekerapan bersemuka dengan ular di kediaman agak tinggi ketika musim cuaca panas, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua pihak untuk mengelakkan berkara buruk yang tidak diingini berlaku.
Orang ramai dinasihatkan supaya tak memukul ular terutama spesis yang berbisa sesuka hati kerana ia boleh mengundang maut atau kecederaan yang berpanjangan sekiranya dibiarkan.
Jangan jadi hero tak bertempat! Sebaiknya korang boleh terus menghubungi anggota penyelamat untuk bantu menangkap ular yang memasuki kediaman.
Sekiranya dipatuk ular, langkah ini juga boleh diambil seperti:
- Hadkan pergerakan.
- Jangan menyedut kembali tempat dipatuk.
- Tekan luka patukan dengan kain bersih (jika berdarah).
- Kenal pasti jenis ular yang mematuk.
- Mintak bantuan kecemasan.
Selain itu, dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, kita juga perlu kurangkan aktiviti luar. Elak dedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang secara tidak langsung boleh menyebabkan strok haba.
Bagi yang kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk lakukan aktiviti kecergasan.
Semoga bermanfaat! #Stayathome #Staysafe