Cegah kanser, kuatkan daya ingatan. Banyaknya khasiat buah delima!

Iklan
Cegah kanser, kuatkan daya ingatan. Banyaknya khasiat buah delima!

BUAH delima adalah salah satu makanan sunnah yang berwarna merah dan mempunyai rasa yang manis.

Iklan
Iklan

Pada masa itu buah delima dianggap sebagai sumber makanan yang penting serta banyak digunakan sebagai ubat.

Warna delima dengan kulit merah terang dianggap sebagai simbol kesuburan dan kesejahteraan.

Iklan

Berikut adalah beberapa khasiat menarik buah delima;

Iklan

1. Antioksidan

Delima telah dimakan dan digunakan sejak berdekad lamanya atas sebab manfaat kesihatan yang terkandung dalamnya.

Sehingga kini, jus buah delima adalah sebahagian daripada diet yang sihat.

Warna merah terang pada benih buah delima berasal dari polifenol. Bahan kimia ini merupakan sejenis antioksidan yang kuat.

Tambahan lagi, jus delima mengandungi tahap antioksidan yang lebih tinggi daripada kebanyakan jus buah-buahan lain. Ia juga mempunyai tiga kali ganda lebih banyak antioksidan berbanding teh hijau.

Antioksidan dalam jus delima boleh membantu membuang radikal bebas, melindungi sel-sel daripada kerosakan, dan mengurangkan keradangan.

3. Pencegah kanser

Baru-baru ini, jus delima menjadi terkenal apabila penyelidik mendapati bahawa ia boleh membantu menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser

prostat.

Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan tentang kesan jus pada kanser prostat, keputusannya adalah masih awal untuk disahkan.

Walaupun tidak ada kajian jangka panjang terhadap manusia yang membuktikan bahawa jus buah delima menghalang kanser atau mengurangkan

risiko, menambahkannya ke dalam diet anda masih memberikan pelbagai manfaat lain kepada anda.

Terdapat hasil memberangsangkan dalam kajian sehingga setakat ini, dan kajian yang lebih besar kini sedang dilakukan.

4. Perlindungan terhadap penyakit Alzheimer

Kepekatan antioksidan dalam jus buah delima dipercayai boleh mencegah penyakit Alzheimer dan melindungi ingatan.

5. Membaiki sistem pencernaan

Jus delima berkesan untuk mengurangkan keradangan dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan. Bahkan, ia juga mungkin akan memberi

manfaat kepada individu dengan penyakit Crohn, kolitis ulseratif, dan penyakit usus radang lain.

8. Mencegah penyakit jantung

Jus delima adalah jus yang paling sihat. Ia dianggap boleh melindungi jantung dan arteri.

Kajian kecil menunjukkan bahawa jus delima dapat meningkatkan aliran darah dan memelihara arteri daripada menjadi kaku dan tebal.

Selain itu ia juga boleh memperlahankan pertumbuhan plak dan penumpukan kolesterol dalam arteri.

Tetapi delima boleh bertindak balas negatif dengan tekanan darah dan ubat kolesterol seperti statin. Pastikan berbincang dengan doktor dahulu sebelum mengambil jus atau suplemen ekstrak delima.

10. Antiviral

Mengandungi vitamin C dan nutrien yang meningkatkan imun yang lain seperti vitamin E, jus delima boleh mencegah penyakit dan melawan jangkitan.

Buah delima telah dikaji mempunyai ciri antibakteria dan antiviral dalam ujian makmal. Ia masih dikaji untuk mengesahkan kesannya terhadap jangkitan umum dan virus.

11. Kaya dengan vitamin

Selain vitamin C dan vitamin E, jus delima merupakan sumber penting bagi folat, kalium, dan vitamin K yang baik.

Sama ada anda memutuskan untuk menambah delima ke dalam diet harian korang atau hanya mengambilnya secara biasa sahaja, seeloknya semak label jus delima terlebih dahulu untuk memastikan jus yang diminum adalah 100 peratus jus delima tulen, tanpa sebarang gula tambahan.

Baca juga Elak tua sebelum waktunya, guna kayu manis bahan mudah

14. Mengawal kencing manis

Delima secara tradisional digunakan sebagai ubat untuk penyakit kencing manis di negara-negara Timur Tengah dan India.

Namun begitu, masih banyak yang belum diketahui tentang kesan delima terhadap penyakit kencing manis. Ia boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal kadar gula darah yang lebih rendah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ceriasihat