Sejam yang paling mendebarkan! Kapten Hamdan kongsi pengalaman bawa vaksin Covid-19

Iklan
Sejam yang paling mendebarkan! Kapten Hamdan kongsi pengalaman bawa vaksin Covid-19

SEPERTI apa yang ramai sedia maklum, sebagai usaha kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 daripada menjadi lebih teruk, negara telah memutuskan untuk mengguna pakai vaksin yang dihasilkan oleh beberapa negara luar.

Setelah rundingan dibuat akhirnya beberapa jenis vaksin telah dipersetujui diimport dan hari ini merupakan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan
Iklan

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, vaksinasi itu amat penting dalam usaha membentuk imuniti kelompok, sekali gus dapat mengurangkan impak Covid-19 di negara ini.

Kini, vaksin Covid-19 adalah barang yang sangat bernilai ketika ini.

Iklan

Sementara itu, juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail merupakan antara orang penting di sebalik ketibaan vaksin pertama Covid-19 kerana bertanggungjawab menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi tadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

Iklan

Sementara itu, Kapten Hamdan juga sempat mengulas, beliau amat terharu kerana dipilih menjadi sebahagian daripada sejarah negara pada hari ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.

"Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi saya sepanjang tempoh 29 tahun berkhidmat dalam dunia penerbangan.

"Sepanjang penerbangan dari Singapura, saya juga perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa,” katanya yang juga merupakan Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines.

Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan hari ini adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.

"Bila fikir ada vaksin Covid-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut jika ia rosak... Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia dan cuaca sepanjang perjalanan juga baik,” katanya.

Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam10.07 pagi tadi dari Singapura.