Selepas lapan tahun berkahwin, Jehan Miskin kini bergelar bapa

Iklan
Jehan Miskin

SELEPAS lapan tahun berkahwin, pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee Abdullah, 37, selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu.

Jehan, 42, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini dengan memuat naik foto permata hatinya itu buat pertama kali.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian sama, Jehan turut mengumumkan nama bayi lelakinya itu yang dinamakan sebagai Axel Nova Rhee.

"Welcome to planet earth my son, Axel Nova Rhee bin Jehan, first of my name.

Iklan

"Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya.

Jehan mendirikan rumah tangga bersama Julie yang berasal dari Korea pada 4 Mei 2013.

Iklan

(FOTO: Instagram Jehan Miskin)