Tip dan amalan untuk ibu bapa yang mempunyai anak calon SPM

Iklan
Tip dan amalan untuk ibu bapa yang mempunyai anak calon SPM

SETIAP kali menjelang peperiksaan tambahan pula peperiksaan besar dan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ramai sedia maklum bermula hari ini, ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak.

Tambahan pula kebimbangan itu kebiasaannya lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa. Ibulah yang lebih gemuruh dan risau. Bapa pula biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya.

Iklan
Iklan

Namun, jangan pula dek kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada anak, membuatkan kita kelam kabut sehingga lupa apa yang sepatutnya dilakukan di saat menjelang peperiksaan.

Oleh demikian YDP Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL), Ustaz Zahazan Mohamed berkongsi beberapa tip dan amalan yang boleh dibuat oleh ibu bapa yang kini sedang berhadapan situasi tersebut.

Iklan

Menurut perkongsian ustaz Zahazan, antara amalan yang boleh dibuat oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan adalah seperti :

    Iklan

  1. Pada hari peperiksaan ibu bapa perlu bangun awal, solat hajat, sahur, puasa dan doakan untuk mereka serta sekalian orang Islam sepanjang puasa.
  2. Banyakkan sedekah walaupun pada binatang.
  3. Beri anak minum air zam-zam atau air masak banyak.
  4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.
  5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab kertas solan.
  6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.
  7. Ingat! Jangan sesekali menjadikan anak stres dengan permintaan yang luar biasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan untuk dibaca adalah seperti:

  • Surah Alam Nasyrah
  • Surah al Hasyr ayat 21-24
  • Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.

Wallahua'lam.

Bagi calon yang kini sedang menduduki peperiksaan besar, korang juga boleh cuba amalkan beberapa ayat ini seperti :

Keluar rumah:

بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ

Ketika dalam perjalanan ke sekolah :

يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ

Masuk dewan periksa :

سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ

Duduk :

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ

Buka kertas soalan :

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ

Jawab soalan :

إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Soalan susah :

وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا

Periksa jawapan :

إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا

Hantar :

وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا

Seramai 401,105 calon sekolah mula menduduki SPM 2020 hari ini. Kumpulan pelajar ini cipta sejarah sendiri kerana mengikuti kelas tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.

Pembelajaran bersemuka dilalui mereka pula adalah yang paling singkat, sekitar empat bulan.