Syed Saddiq kecewa pengumuman dibuat saat akhir, bimbang simpanan ibu bapa habis beli gadjet

Iklan
1Syed Saddiq kecewa pengumuman dibuat saat akhir, bimbang simpanan ibu bapa habis beli gadjet

SEPERTI ramai sedia maklum, selepas dua bulan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dijalankan sebagai usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19, akhirnya baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan secara bersemuka.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sekolah akan mula dibuka semua bermula 1 Mac ini secara berperingkat.

Iklan
Iklan

Keputusan itu pastinya menimbulkan banyak persoalan terutama kepada golongan ibu bapa yang mana ada dalam kalangan mereka mendakwa telah ‘berhabis’ semata-mata  tidak mahu anak tercicir dalam sesi PdPR dengan menyediakan kemudahan alatan pembelajaran seperti laptop dan juga tablet.

Bagi ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan antara individu yang giat menjalankan kempen dan mengutip dana bagi membantu rakyat yang memerlukan dengan sumbangan laptop kepada pelajar Muar juga bimbang terhadap perkara tersebut.

Iklan

Ada orang kata,"YB baru bagi laptop, bagi tablet, sekolah dah nak buka minggu depan. Macam kena troll je kena botak kepala."

Iklan

Tambah Saddiq lagi, setiap satu sumbangan laptop dan tablet yang diberikan kepada keluarga Muar bukan satu benda yang membazir walaupun sekolah akan dibuka semula.