Lebihan roti jangan dibuang, cuba dijadikan cucur sedap!

Iklan
Lebihan roti jangan dibuang, cuba dijadikan cucur sedap!

BAGI penggemar roti, korang perlu mencuba resipi cucur yang sedap ini.

Jika ada roti yang hampir tarikh luput atau tidak habis dimakan, jangan dibuang. Gunakan sebaiknya!

Iklan
Iklan

Cucur roti ini sesuai dinikmati bersama keluarga untuk sarapan pagi atau minum petang.

Mama jangan lupa mencuba resipi mudah ini, pasti anak-anak sangat menggemarinya!

Iklan

Ia rangup di luar dan lembut di dalam.

Bahan-bahan;

Iklan

  • 5 keping roti
  • 2 sosej
  • 1 biji bawang merah kecil ( dipotong dadu)
  • 1 inci lobak (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • Secubit serbuk ayam
  • Secubit garam
  • Isi ayam (dicincang)
  • Daun bawang dihiris
  • 1 batang lada merah ( dipotong dadu)

Cara-cara membuatnya;

1. Siat atau koyak-koyakkan kepingan roti. Masukkan sosej, bawang dan lobak.

2. Masukkan telur dan perasakan dengan serbuk ayam dan garam. Tambah daun bawang dan isi ayam.

Cuba juga Kisah kuih kura-kura merah, signifikan dengan masyarakat Cina, Baba Nyonya

3. Gaul semua bahan dan gumpalkan menjadi bebola kecil.

4. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api perlahan hingga cucur bertukar keperangan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Jalilah JJ