Riena Diana sertai Geng Pagi Hot (GPH) bermula hari ini

Iklan
Untitled design (64)

PELAKON yang terkenal dengan watak Lailer, Riena Diana akhirnya disahkan menyertai Geng Pagi Hot (GPH) di Hot FM bermula hari ini, 24 Februari.

Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal, akan menerajui segmen GPH bersama Mark Adam dan Fizie setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Iklan
Iklan

Berkongsi mengenai keputusannya itu mencuba bidang penyampaian radio, Riena berkata, dia amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran.

"Saya sentiasa ingin mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam karier. Jadi bila terpilih untuk menjadi sebahagian keluarga Hot FM, saya memang teruja.

Iklan

"Menerusi radio, suara saya akan didengari oleh pendengar hampir setiap hari. Ini menjadi pemangkin buat saya untuk terus memperbaiki kelemahan dan timba ilmu daripada semua pihak terutamanya rakan-rakan penyampai di Hot FM,” ujarnya yang akan kekal aktif dalam karier lakonan selepas ini.

[caption id="attachment_38767" width="1024"] Riena menjadi penyampai wanita kedua yang mengendalikan segmen pagi di Hot FM selepas Fara Fauzana.[/caption]

Iklan

Sementara itu, Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia merupakan satu transformasi besar buat Hot FM.

"Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ianya merupakan pertama kali ke udara sebagai penyampai radio.

"Banyak segmen baharu yang kami akan tampilkan antaranya Bro Marky, karektor yang dimainkan oleh Mark Adam yang serba tahu akan cuba untuk menyelesaikan semua persoalan para pendengar dengan jawapan yang mencuit hati dan bersahaja,” katanya.

Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana.

Sumber : Hot FM