Resipi Tortilla Wrap mudah dan sedap!

Iklan
IMG-20200410-WA0005

SINAR PLUS kongsikan resipi ringkas dan mudah yang boleh anda buat di rumah.

Resipi ini sesuai untuk anda yang tengah diet. Selain sedap dan ringkas, ia juga membuatkan perut menjadi kenyang kerana kandungan roti dan intinya yang padat.

Iklan
Iklan

Ia merupakan menu yang sihat untuk anda sekeluarga. Jom kita lihat cara membuatnya.

Iklan

Bahan-bahan salutan ayam:

- 3/4 cawan tepung jagung

Iklan

- 1/4 cawan tepung gandum

- 1/4 sudu kecil soda bikarbonat

- 1/4 sudu kecil garam

- 1 biji telur

Cara-caranya:

1) Cara perapan ayam

- Gaulkan ayam bersama bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan.

2) Cara buat salutan ayam

- Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan garam sehingga sebati antara satu sama lain di dalam mangkuk.

- Pecahkan telur di dalam mangkuk yang lain. Pukul telur sehingga pecah. Kemudian, celupkan kepingan ayam yang diperap tadi di dalam telur dan celup pula ke dalam tepung.

- Seterusnya, goreng selama lima minit, guna api sederhana sahaja. Angkat dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian, goreng lagi sehingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan.

- Tujuan goreng kepingan ayam sebanyak dua kali supaya ayam lebih rangup.

3) Cara buat salad

- Campurkan kesemua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk kecuali daun salad. Kemudian, gaul rata bersama Thousand Island dan mayonis.

4) Cara gulungan

- Panaskan pan, masak sedikit tortilla di atas pan tanpa menggunakan minyak. Kemudian, letakkan tortilla di atas pinggan.

- Seterusnya, susun daun salad di atas tortilla. Ambil tiga kepingan ayam dan susun di atasnya, diikuti dengan salad. Kemudian, gulungkan. Siap!

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH