Padu! Rugi tak cuba resipi nasi goreng sardin ringkas ini

Iklan
Padu! Rugi tak cuba resipi nasi goreng sardin ringkas ini

JIKA ada lebihan nasi, janganlah dibuang. Molek benar dibuat nasi goreng.

Bosan makan nasi goreng yang biasa-biasa? Apa kata mencuba resipi nasi goreng yang luar biasa ini.

Iklan
Iklan

Memang padu! Nampak sahaja ringkas. Yang pastinya boleh membuka selera sesiapa sahaja.

Iklan

Bahan-bahan;

    Iklan

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dengan cili merah dan cili api yang ditumbuk)
  • Sayur (boleh gunakan kacang panjang dan lobak)
  • 1 tin kecil sardin (buangkan tulang serta kuah dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
  • 2 biji telur
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan isi ikan sardin dan sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali.

3. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.

4. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap untuk dihidang.

Cuba juga Lebihan roti jangan dibuang, cuba dijadikan cucur sedap!

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Sumber: Sayidah Napisah