Dah boleh bercuti! Orang ramai diseru melancong kawasan setempat PKPB, PKPP

Iklan
Jom bercuti! Orang ramai diseru melancong kawasan setempat PKPB, PKPP 

BERCUTI bersama keluarga membawa manfaat yang sangat besar. Ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan melakukan aktiviti bersama-sama.

Tiada yang lebih bernilai selain daripada kenangan bersama ahli keluarga yang tersayang.

Iklan
Iklan

Ia bukan sahaja membantu kita berehat daripada kesibukan rutin seharian, tetapi dapat membawa beberapa manfaat penting terhadap perkembangan dan kesejahteraan anak-anak.

Oleh itu, ini berita menarik buat semua yang gemar atau bercadang ingin bercuti!

Iklan

Kini aktiviti pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah dibenarkan mulai 19 Februari lalu.

Iklan

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Negeri yang sedang dilaksanakan PKPB adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan WP Labuan manakala Perlis di bawah PKPP.

Sementara itu, negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga 4 Mac 2021 seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi tidak dibenarkan melancong.

Jadi, inilah masanya kita membantu sektor pelancongan negara. Selamat bercuti!