NEGARA kita sekali lagi mencatat detik bersejarah apabila semalam bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Maka dengan itu juga, bermulalah proses suntikan vaksin Covid-19 di negara kita.
Apa yang mengharukan ramai, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil sebagai individu pertama menjalani prosedur suntikan itu semalam sempena perasmian program tersebut.
Program yang disiarkan secara live itu ditonton masyarakat seluruh negara.
[caption id="attachment_38965" width="1024"] Lina, kanan.[/caption]
Beliau adalah Ketua Jururawat Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim, 49, yang diberi tanggungjawab untuk memberi suntikan vaksin Covid-19, dos pertama Pfizer-BioNTech kepada Perdana Menteri.
Kata Lina kepada media tempatan, dirinya akui sedikit berdebar pada awalnya namun, pada masa sama berbangga kerana terpilih melakukan amanah itu dalam kalangan jururawat yang ada.
Lina turut mengatakan beliau telah menjalani amali untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 oleh penyelia sebagai persediaan sebelum memberi suntikan kepada penerima.
Baca juga Jarum suntikan vaksin Covid-19 PM ditukar? Ini penjelasan pengamal perubatan
Terdahulu, selain Muhyiddin disuntik dos pertama Pfizer-BioNTech, ia turut melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan yang berkhidmat di Putrajaya.
Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.