GARA-GARA penyusutan harga emas sejak kebelakangan ini membuatkan orang ramai menyerbu kedai barangan kemas seluruh negara demi mendapatkan koleksi dengan harga lebih rendah.
Seperti baru-baru ini media tempatan melaporkan harga emas 916 hanya RM208 segram di sebuah kedai di Port Dickson menyebabkan kedai berkenaan menjadi tumpuan dan pelanggan sanggup beratur panjang seawal kedai berkenaan dibuka pada pukul 11 pagi.
Wah! ini detik sangat mengujakan bagi penggemar barangan kemas!
Dalam masa sama, pelabur mempertimbangkan kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell berhubung pertumbuhan dan inflasi, dengan berita vaksin yang menggalakkan.
Harga emas susut lima peratus pada 2021 selepas mencatatkan kenaikan tahunan tertinggi dalam tempoh sedekad.
Menurut laporan itu semalam, Goldman Sachs Group Inc menurunkan unjurannya terhadap harga emas, dengan merujuk kepada peralihan terhadap aset lebih berisiko sebagai punca prestasi lemah logam itu.
Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,803.81 seauns pada 7.35 pagi di Singapura dan 2.4 peratus lebih rendah pada Februari, selepas merosot 2.7 peratus bulan sebelumnya.
Baca juga 4 cara senaman mata elak rabun, perlu amalkan selalu
Harga perak turut susut, manakala platinum dan palladium hampir tidak berubah.
Bloomberg Dollar Spot Index tidak berubah selepas susut selama lima hari.
Jadi wahai pencinta emas, waktu ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan koleksi-koleksi yang dihajati namun jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan ya.