Dapur elegan estetika Jepun pelengkap kediaman Cik Manggis

Iklan
dekorasi rumah

SELEPAS menunggu hampir tiga bulan, ahli kumpulan De Fam, Manggis bersama suami, Syazmin Firdaus akhirnya menarik nafas lega apabila ruang dapur di kediaman peribadi mereka selesai menjalani proses pengubahsuaian.

Jika sebelum ini desain dapur impian dilakar di atas kertas, namun kini segala-galanya diterjemahkan secara fizikal. Umpama mimpi menjadi realiti, kata pasangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Keterujaan Manggis dengan persekitaran ruang dapur baharu itu semakin memuncak, tambahan pula transformasi yang dilakukan persis foto dekorasi di dalam laman sosial Pinterest.

Menurut Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, beliau menerapkan konsep Japanese Coastal Aesthetic bagi mencipta kelainan di ruang memasak tersebut.

Iklan

[caption id="attachment_39218" width="1024"] RUANG dapur konsep Japanese Coastal Aesthetic yang turut menggabungkan rekaan ala industri minimalis.[/caption]

"Lagipun saya dan suami amat meminati rekaan dapur ala industri yang tampak tersusun. Berikutan itu, kami memilih kombinasi simen dan kayu kekemasan minimalis bagi mendapatkan vibes diingini.

Iklan

"Dari segi pemilihan kayu, kami tidak memilih kualiti cantik dan baharu. Sebaliknya, meminta khidmat pereka hiasan dalaman menerapkan kelengkapan berasaskan kayu yang tidak sempurna supaya bersesuaian dengan elemen industri," katanya kepada SinarPlus pada Selasa lalu.

Berbicara lanjut, Manggis berusia 32 tahun memberitahu, lantai yang diterapkan di ruang dapur merupakan material terracotta. Idea sedemikian diinspirasi daripada kediaman adiknya yang menetap di Australia.

Pun begitu, paling menangkap perhatian penulis ialah tiga buah bangku bar konsep tradisional yang diletakkan di pulau dapur konkrit. Pada pandangan mata kasar mungkin ia tiada beza dengan kerusi lain, tetapi tidak bagi Manggis dan pasangan.

"Secara tidak langsung, kami mengembalikan memori malar segar dan seolah-olah mertua sentiasa bersama di dapur.

Pemilihan jendela di bahagian sinki yang boleh dibuka luas itu bertujuan mendapatkan pengaliran udara dan pencahayaan lebih baik, kata Manggis.

PROFIL

Nama: Cik Manggis

Umur: 32 tahun

Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan jurucakap

Jenis kediaman: Tanah lot