Jangan seronok sangat! KWSP ingatkan orang ramai jangan kongsi status iSinar di sosial media

Iklan
Jangan seronok sangat! KWSP ingatkan orang ramai jangan kongsi status iSinar di sosial media

JANGAN seronok sangat! Begitulah gambaran tepat yang boleh digambarkan buat segelindir pengguna media sosial seperti di Facebook, Twitter mahupun Instagram yang kini dilihat galak memuat naik status permohonan iSinar mereka.

Awas! Korang mungkin mengundang perkara yang tidak diigini berlaku! Orang ramai dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi di media sosial mereka.

Iklan
Iklan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan di Facebook hari ini juga menyatakan, masyarakat perlu waspada dan jangan memaparkan maklumat bank atau status kelulusan i-Sinar di media sosial.

Iklan

KWSP mengeluarkan kenyataan tersebut susulan kegembiraan penerima i-Sinar yang meluaskan perasaan mereka sambil berkongsikan maklumat peribadi di patform sosial media masing-masing.

Terdahulu, pembayaran untuk permohonan bagi kategori 1 yang layak akan bermula daripada pertengahan Januari 2021.

Iklan

Terbaharu, KWSP hari ini pula mengumumkan bahawa permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran pula akan dibuat bermula hari ini.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Namun, seperti apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 11 Februari lalu memaklumkan KWSP dalam proses memansuhkan syarat permohonan i-Sinar atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Jadi, awas yer! Jangan sesekali sebar butiran maklumat peribadi atau status iSinar korang waima ia tidak lulus atau dalam proses sekalipun kerana ramai individu yang kini sedang menunggu peluang atas kelalaian kita sendiri.

Berhati-hati dan jadilah pengguna yang bijak!