Tiga vaksin Covid-19 termasuk Sinovac dari China kini lulus pendaftaran secara bersyarat

Iklan
Tiga vaksin Covid-19 termasuk Sinovac dari China kini lulus pendaftaran secara bersyarat

SEBELUM ini, vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech diberikan kepada kumpulan Fasa 1 bagi kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Namun kini, tiga lagi jenis vaksin diluluskan pendaftaran secara bersyarat.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354 yang bersidang semalam, bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin

Covid-19 berikut:

Iklan

1. Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection

    Iklan

  • Pemegang pendaftaran: AstraZeneca Sdn Bhd
  • Pengilang: Medimmune Pharma B.V. Netherland

2. CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac

  • Pemegang pendaftaran: Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd
  • Pengilang: Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China

3. COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (Permohonan bagi sumber kedua kepada produk COMIRNATY yang telah diberikan pendaftaran bersyarat)

  • Pemegang pendaftaran: Pfizer (M) Sdn Bhd
  • Pengilang bagi sumber pertama (drug product and final release): Pfizer Manufacturing Belgium NV, Puurs, Belgium
  • Pengilang bagi sumber kedua (final release): BioNTech Manufacturing GmbH, Mainz, Germany

Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara rolling submission untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

Pada masa ini, NPRA juga masih menilai dua lagi produk vaksin Covid-19 iaitu:

1. Gam-COVID-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan

2. CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac (pengilangan fill and finish oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd).

Katanya, KKM juga akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.

Baca juga Jangan seronok sangat! KWSP ingatkan orang ramai jangan kongsi status iSinar di sosial media

Selain itu, kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan.

Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.