"ISTERI untuk disayangi dan dilindungi, bukan untuk dibebani dan dijadikan hamba abdi."
Begitulah perkongsian Dai Luqman di laman Twitternya baru-baru ini.
Katanya, ketika akad nikah dilafazkan, suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri.
Antaranya adalah;
1. Perabot rumah
Sofa, meja makan, dapur, mesin basuh, almari, peti ais, televisyen. Itu semua adalah tanggungjawab suami untuk menyediakannya.
2. Barang keperluan anak
Pampers, baju, susu tepung, mesin pump susu, makanan bayi, set berpantang isteri, itu semua juga perlu disediakan oleh si suami. Bukan paksa isteri untuk guna duitnya sendiri untuk membeli!
3. Barang dapur
Sayur, daging, ayam, telur, tepung, pinggan, mangkuk, pisau memotong, sabun cuci pinggan dan sebagainya. Suami kena sediakan. Suami bukan kerja makan dan membuang ja tau.
4. Utiliti rumah
Bil elektrik, bil air, bil penapis air, bil telefon, duit kereta, duit minyak, semua suami yang kena sediakan, bukan paksa isteri untuk menyelesaikannya.
5. Keperluan isteri
Pakaian, makan minum isteri, kos kesihatan isteri, semuanya adalah tanggungjawab seorang suami untuk menyediakannya.
Sememangnya tanggungjawab suami adalah lebih besar dan berat namun tiada halangan buat isteri untuk membantu meringankan tugas suami.
Dengan cara ini, setiap pasangan mampu untuk sama-sama menempuhi susah senang hidup bersama dan membawa kepada hubungan yang lebih matang dan bahagia.