Pawagam mula dibuka! SOP baharu bagi susunan tempat duduk di pawagam

Iklan
Pawagam mula dibuka! SOP baharu bagi susunan tempat duduk di pawagam

BARU-BARU ini SinarPlus ada menyiarkan artikel mengenai pengusaha pawagam seperti GSC, TGV dan MBO kini menyusul rayuan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) kepada kerajaan untuk membenarkan pembukaan semula pawagam, sejak ia ditutup Januari lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka juga juga menggesa kerajaan supaya membenarkan pawagam dibuka semula dengan menggunakan tanda pagar #reopencinemas di media sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Facebook.

Iklan
Iklan

MAFE menerusi satu kenyataan mereka juga menekankan pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi, ketika perkhidmatan lain seperti spa, gim dan kasino kini sudah mula dibuka semula.

Sejak perlaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, pawagam di Malaysia hanya beroperasi dalam jangka masa yang singkat sepanjang satu tahun.

Iklan

Artikel berkaitan : Ramai Yang Dah Hilang Kerja! Pawagam Tempatan Tak Mampu Lagi Bertahan

Situasi itu juga sekali gus menyebabkan ramai yang mula kehilangan pekerjaan, lebih 25 peratus pawagam ditutup selama-lamanya dan pengecilan operasi yang ketara untuk semua pengusaha.

Iklan

Terbaharu, melalui satu posting salah sebuah pengusaha pawagam tempatan iaitu TGV Cinemas di Twitter, mereka memberi bayangan yang mana kini orang ramai kini boleh mengunjungi pawagam untuk menonton movie.

Aduh! Lecehlah! Kenapa?

Menurut TGV, mereka juga sehingga kini masih tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu. ‘Woman shrugging’ adalah keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan kepada pawagam.

Hasil tinjauan SinarPlus ke akaun Twitter GCS Cinemas pula turut mendapati perkongsian yang hampir serupa.

Pihak GCS juga memuat naik posting di Twitter beserta foto gambaran kerusi yang boleh dibeli oleh pelanggan yang ingin berkunjung ke pawagam.

Namun, apa juga kaedah atau cara yang mereka guna pakai, SinarPlus percaya ia adalah salah satu daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Diharap bersama kita patuhi kepada SOP yang telah ditetapkan!