Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun dibuka esok!

Iklan
Sunway Lagoon dan Lost World Tambun dibuka esok!

SEPERTI diketahui umum, akibat penularan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan semula Perintah Kawalann Pergerakan (PKP) semua taman tema terpaksa diarahkan tutup operasi kepada pengunjung.

Terbaharu, selepas ditutup selama lebih dua bulan, kedua-dua taman tema di bawah kumpulan Sunway iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun kembali beroperasi dan dibuka semula kepada orang ramai bermula esok (6 Mac)!

Iklan
Iklan

Ya! Memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Sunway, mereka kini sedang giat menjayakan kempen ‘2 Play Again’, taman tema seluas 132 ekar itu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan dibuka dengan kapasiti 30 peratus.

Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho berkata, pembukaan semua kedua-dua taman tema itu dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutama yang berkeluarga.

Iklan

Dalam pada itu katanya, sepanjang tempoh penutupan bagi pencegahan dan pematuhan terhadap langkah-langkah antidemik kerajaan, pihak Sunway mengambil peluang menyediakan banyak pakej bernilai tambah untuk pelanggan.

Iklan

Jadi, pada korang yang berkelapangan dan ingin membawa keluarga bersiar-siar hujung minggu ini, apa kata jadikan Sunway Lagoon atau Sunway Lost World of Tambun salah satu daripada senarai destinasi pilihan.

Selamat bercuti dan berhujung minggu!