Bantu anak kecil hiperaktif dengan pola pemakanan yang sesuai

Iklan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April ini menyebabkan ibu bapa terpaksa berkurung di rumah sambil mengawal anak kecil yang lasak.

Kanak-kanak lazimnya memang sukar duduk diam walaupun sekejap, apatah lagi jika mereka mengalami masalah gangguan kurang tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Iklan
Iklan

Namun, bukan semua anak yang aktif adalah penghidap ADHD. Masalah perkembangan otak itu hanya boleh disahkan menerusi pemeriksaan dan pemerhatian oleh pakar dalam bidang kanak-kanak.

Iklan

Selain berkecenderungan untuk kerap bergerak atau berlari ke sana ke sini, golongan ADHD juga biasanya berdepan ketidakmampuan untuk  memberikan konsentrasi.

Itu kata Pakar Perunding Dietetik Sunmed@Home, Pusat Perubatan Sunway, Ng Yee Voon kepada Sinar Plus baru-baru ini.

Iklan

[caption id="attachment_6290" width="1024"] NG Yee Voon.[/caption]

"Timbul kerisauan apabila orang ramai terlalu mudah menganggap kanak-kanak yang lincah dan aktif sebagai individu yang hiperaktif.

"Padahal, gangguan itu boleh didiagnosis oleh pakar sahaja. Jangan sesekali memanipulasi keadaan kanak-kanak tersebut,” tegas Yee Voon.

Dalam pada itu, aspek pemakanan buat si kecil hiperaktif penting diberikan perhatian. Antara corak pemakanan yang dikongsikan oleh Yee Voon:

Cukup protein

Diet untuk anak ADHD haruslah kaya dengan protein. Pemakanan sedemikian  baik untuk perkembangan otak. Makanan yang tinggi protein termasuklah telur, daging, keju dan kekacang.

Karbohidrat yang memadai

Karbohidrat yang memadai buat kanak-kanak hiperaktif yang dimaksudkan ialah makanan berkalori seperti roti, beras putih, kentang dan gula. Makanan itu boleh membantu mengurangkan simptom hiperaktif kanak-kanak terbabit.

"Sebagai contoh, jika kanak-kanak itu suka makan keropok berwarna kuning dan rangup, keesokannya, cuba pula berikan kentang goreng.

Tambah pakar itu, sehingga kini, masih tiada sebarang penemuan dan bukti yang  menunjukkan kaitan antara pemakanan yang menyebabkan gejala ADHD.

Begitupun, menurut Yee Voon pemakanan yang sihat adalah sangat disyorkan kerana pola pemakanan yang betul dapat membantu kanak-kanak ADHD mengatasi masalah mereka.

Berikut merupakan langkah-langkah pendedahan makanan bernutrien baharu kepada kanak-kanak ADHD:

  1. Jika sebelum ini kanak-kanak ADHD terbiasa dengan makanan ringan, maka pertama sekali, jangan terus menghalang mereka daripada makan makanan tersebut.
  2. Biasakan mereka makan dalam kuantiti yang sedikit dan memilih makanan yang berwarna seperti kuning dan merah.
  3. Apabila sudah terbiasa dengan ciri-ciri makanan ringan seperti berwarna dan rangup, alihkan perhatian mereka kepada makanan bernutrien yang seakan-akan sama dengan ciri makanan ringan.
  4. Biasanya, mereka mudah mengesan makanan melalui bentuk, tekstur dan suhu makanan tersebut.
  5. Akhir sekali, cuba tambah baik makanan bernutrien tinggi seakan-akan warna yang sama dengan makanan ringan seperti pada peringkat awal.

ANEKDOT

  • Apa itu ADHD?

ADHD merupakan masalah perkembangan mental kanak-kanak. Ia berlaku apabila kanak-kanak terbabit mempunyai masalah tumpuan dan pada masa yang sama berkelakuan amat aktif.

Kanak-kanak berkenaan biasanya akan mengalami salah satu masalah ADHD sahaja iaitu sama ada hiperaktif atau kurang tumpuan.

  • Mitos ADHD:

Ada pendapat mengatakan kanak-kanak mengalami ADHD akibat salah asuhan ibu bapa. Sebenarnya, masalah tersebut bukan disebabkan faktor berkenaan.

Namun begitu, jika ibu bapa tidak memberi tumpuan kepada anak ADHD mereka dengan baik, simptom sedia ada boleh menjadi lebih teruk.

Faktor-faktor penyebab:

Punca spesifik berlakunya ADHD masih belum diketahui. Terdapat beberapa faktor yang dipercayai menyumbang kepada ADHD atau lebih memburukkan lagi keadaannya. Antaranya, faktor persekitaran, genetik, pemakanan dan sosial.

1. Persekitaran

Sebanyak sembilan hingga 20 peratus daripada varians ADHD adalah mereka yang mengalami simptom akibat persekitaran seperti terdedah kepada asap rokok, plumbum atau alkohol.

2.Genetik

Kira-kira 75 peratus kanak-kanak mengalami ADHD yang diwarisi. Hiperaktif sering disebabkan faktor genetik. Apa pun, faktor lain turut mempengaruhi.

3. Pemakanan

Pewarna makanan tiruan dan perisa makanan dikenal pasti dapat menyebabkan masalah hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak.

4. Sosial

Ketidakfungsian keluarga dan kurangnya  pendidikan boleh mengakibatkan berlakunya hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, situasi anak angkat juga  menyumbang kepada  masalah tersebut. Begitu juga dengan keganasan atau penderaan kanak-kanak.

Sumber: myhealth.gov.my