Tidak simpan dendam, Da’i Syed mahu jalani kehidupan positif

Iklan
Da'i Syed

TIDAK mahu membiarkan kontroversi lalu terus membelenggu diri, pendakwah selebriti, Da’i Syed, kini bangkit meneruskan kehidupan, sekali gus kembali aktif dalam kerjaya seni.

Lebih dua bulan mendiamkan diri, Syed atau nama lengkapnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful , 26, mengakui ujian yang dilaluinya itu banyak mematangkan diri.

Iklan
Iklan

"Apa yang boleh saya katakan, kebangkitan ini tidak mudah tetapi Tuhan memberikan saya semangat ini.

"Saya sebagai orang yang pernah diuji, kembali bangkit dan berharap orang yang berhadapan dengan ujian sama turut bangkit meneruskan kehidupan,” katanya.

Iklan

Syed berkata, apa yang berlaku ke atasnya itu juga banyak memberi pengajaran, malah mengajarnya tentang erti persahabataan sebenar.

"Kawan biar ramai, semua orang saya berkawan, tetapi sahabat yang sentiasa dengan saya. Antaranya seperti Ryan Deedat yang sentiasa memberi motivasi kepada saya.

Iklan

"Ada yang bila saya dalam tahanan dia hentam saya betul-betul, apabila saya keluar, dia DM (mesej di instagram) saya.

"Itu perkara biasa, tapi saya hanya memandang positif terhadap perkara tersebut.

Maknanya, kawan adalah kawan. Sahabat adalah sahabat,” katanya.

Syed berkata berkaya demikian ketika majlis pelancaran single terbaharunya, Ya Habib dan produk wangian yang berlangsung secara virtual baru-baru ini.

Single Ya Habib dihasilkan oleh Adam Armin, Yusuff Khan, Ryan Deedat dan Adly Kiddy, manakala liriknya pula merupakan tulisan Syed sendiri ketika berada dalam tahanan hujung tahun lalu.

"Saya tulis lirik lagu ini ketika berada dalam pusat tahanan selama 20 hari.

"Ia berkaitan dengan perjalanan hidup saya, selain pengalaman yang dilalui sepanjang dalam tahanan itu,” katanya.

Mengulas tentang tindakan sesetengah pihak yang berhasrat memboikot lagu dan produk keluarannya, Syed berkata, dia mengambil pendekatan untuk bersikap postif dan memaafkan.

"Kalau ada yang boikot, saya cuba positifkan diri saya dan tidak menganggap orang yang memboikot saya itu adalah salah.

"Saya tidak pernah menyalahkan, tetapi saya memaafkan mereka. Sebaik-baik orang adalah orang yang meminta maaf, lagi baik adalah orang yang memaafkan.

"Saya tidak ada rasa dendam. Sakit hati itu ada, tetapi tidaklah sampai berdendam,” katanya.

Terdahulu, Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Bagaimanapun dibebaskan dengan bayaran ikat jamin RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya pada 15 Disember tahun lalu.

Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini.

 

(FOTO: Instagram Da'i Syed)