PENYANYI Isa Khan dan kekasihnya, pelakon Risteena Munim akhirnya memilih tarikh 12 Mac depan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Berita gembira itu diumumkan Isa, 28, dan Risteena , 32, menerusi laman Instagram masing-masing.
"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami agar mendoakan segala urusan ijab dan qabul kami yang akan dilaksanakan pada 12 Mac nanti dipermudahkan,” ujarnya.
Bagaimanapun, pasangaan itu tidak berkongsi secara terperinci berkaitan masa dan lokasi majlis pernikahan itu akan dilangsungkan.
Menurut Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, sempena meraikan penyatuan dua hati antara dia dan Risteena, sebuah karya istimewa telah diabadikan untuk mereka berdua.
"Saya akan abadikan cerita cinta kami dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia, Risteena, yang berjudul Karunia Terhebat, the greatest gift.
"Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendak-NYA.” katanya.
(FOTO: Instagram ISa Khan)