Alam Wakaka selamat bergelar suami 7 Mac lalu

Iklan
Untitled design - 2021-03-09T122030.804

PENARI dan pelakon, Alam Wakaka selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita yang dicintainya, Nurul Alisya Najwa Hazman, 20.

Menurut Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, majlis pernikahan mereka diadakan di Pejabat Agama Segamat, Johor.

Iklan
Iklan

Dia juga memohon maaf kerana tidak menguar-uarkan hari bahagianya lebih awal kerana perlu mengikut porsuder operasi standard (SOP) majlis perkahwinan.

"Pada 7 Mac 2021 saya telah menjadi suami kepada gadis pilihan saya, Aliasya Najwa dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Segamat.

Iklan

"Saya serta keluarga ingin meminta maaf kerana tidak menjemput saudara-mara dan sahabat serta peminat kerana tiada majlis persandingan.

"Yang ada cuma jamuan makan tengahari dan sesi bergambar bersama keluarga dan teman terdekat sahaja, mengikut SOP yg telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Iklan

"Doakan yang terbaik buat saya serta isteri tercinta... Sayang semua,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 1 Ogos 2020 setelah tiga tahun berkawan rapat.

Alam pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009. Alam juga pernah membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam's Story lapan tahun lalu.