Suri rumah ‘buat duit’ jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa!

Iklan
Suri rumah ‘buat duit’ jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa!

JIKA minat dan bersungguh apa pun jadi! Itulah yang dibuktikan oleh seorang suri rumah yang dikenali sebagai Cik Wan Mastura Megat apabila minatnya terhadap aktiviti bercucuk tanam sejak kecil dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ia membuahkan hasil lumayan.

Wanita berusia 34 tahun itu mengusahakan tanaman limau kasturinya yang seluas 0.4 hektar di Kampung Santan yang terletak di Kangar, Perlis.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Mastura berkata, beliau mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dan kini mempunyai 200 pokok.

Iklan

Katanya lagi, dalam jangka masa kurang sebulan sebanyak 400 botol pati limau kasturi berjaya dijual pada harga RM6 sebotol.

Tambah beliau lagi, selain pasaran di sekitar negeri Perlis, pati limau kasturinya turut menerima permintaan pelanggan dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk memberi fokus kepada penghasilan pati limau kasturi kerana lebih menguntungkan.

Iklan

Mastura berkata dia bersedia untuk berkongsi ilmu dan nasihat kepada mereka yang ingin mencuba tanaman limau kasturi kerana ia mudah dijaga, berbuah sepanjang tahun dan tidak memerlukan kos tinggi.

Apa yang dilakukan wanita itu jelas membuktikan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Jika kita terus berusaha kejayaan pasti akan datang sama ada cepat atau lambat.

Apa yang penting teruskan berusaha dan jangan sesekali mengalah dan mudah putus asa! Tahniah Mastura!