Hati-hati musim panas! Elak badan lembab cegah jangkitan kurap

Iklan
Hati-hati musim panas! Elak badan lembab cegah jangkitan kurap

TIBA-TIBA sahaja rasa gatal dan ada kesan tompok merah!Ha, itulah kurap.

Kurap adalah ruam pada kulit akibat daripada jangkitan kulat. Ia biasanya berlaku di mana-mana bahagian tubuh, tetapi biasanya di kulit kepala, pelipat dan celah jari kaki, serta kuku dan rambut.

Iklan
Iklan

Jangkitan kulat berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan objek yang mempunyai kulat.

Ia juga boleh jangkit dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain orang yang sama melalui sentuhan.

Iklan

Jika jangkitan di kulit kepala dan pelipat, biasanya ia akan kelihatan seperti bulatan merah berbentuk gegelang dan tengahnya kulit kering bersisik. Biasanya orang panggil kurap atau 'ringworm lesion'.

Iklan

Namun, jika jangkitan celah jari dan tapak kaki, biasanya ia basah dan berlubang-lubang.

Kurap dirawat dengan ubat anti-kulat dalam bentuk salap (sapuan) atau ubat makan (pil/tablet).

Ubat sapuan boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, manakala ubat makan perlukan preskripsi doktor.

Selain itu, doktor juga akan beri ubat gatal.

Golongan remaja banyak terkena jangkitan kurap! Jadi, ibu bapa kena selalu ingatkan mereka untuk jaga kebersihan diri dan persekitaran!

Semoga bermanfaat!