Sebaknya, wanita ini sambut hari jadi anak dengan kenduri tahlil, semua menu adalah makanan kegemaran arwah

Iklan
tahlil

KEHILANGAN anak tersayang memang satu dugaan cukup berat, lebih-lebih lagi jika kita 'teringat-ingat' sikap dan suaranya yang comel.

Lebih menyedihkan, jika ia membabitkan si kecil menjelang ulang tahun kelahirannya. Memang sedih tidak terkata lebih-lebih pada si ibu yang melahirkannya.

Iklan
Iklan

Perkongsian Sharmila Sha Ismail di dalam Grup Masak Apa Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di Facebook baru-baru ini cukup menjentik perasaan dalam kalangan pelayar alam maya.

Iklan

Masakan tidak, kehilangan anak tersayang akibat kanser sarkoma benar-benar meruntun hati apabila majlis tahlil yang dilakukan dipenuhi dengan menu masakan kegemaran arwah anaknya.

Kenduri tahlil 100 hari buat arwah Nur Aida Izzati dipenuhi dengan menu ayam masak merah, sambal udang dan daging goreng kunyit.

Iklan

Bahkan, kek hari jadi yang dipenuhi dengan watak kartun My Little Ponny juga ada.

Tulis Sharmila, tiada lagi pengkritik makanan nombor satu dalam hidupnya selepas pemergian anak syurga itu pada 28 November lalu.

"Kamulah yang selalu puji masakan ma sedap, walaupun ada masanya ma masak tak sedap mana pun.

"Kamulah orang yang suka menyibuk dekat dapur dan pertama menadah pinggan biarpun makanan masih belum masak,” tulisnya.

Wanita itu juga berkongsi cerita mengenai hasrat anaknya itu yang mahu makan ayam masak merah, nasi putih dan spageti untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-7.

"Ma memang bersungguh-sungguh mahu masak semuanya, tetapi sayangnya kamu pergi lebih awal enam hari sebelum hari jadimu.

"Pada tahlil ke-7, ma tunaikan semua permintaan kamu termasuk kek hari jadi,” katanya yang bersyukur arwah anaknya sempat pulang ke rumah untuk bertemu dengan adik beradik lain sebelum pergi buat selama-lamanya.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut masing-masing menitipkan doa dan bacaan al-Fatihah buat anak syurga tersebut.

Tidak kurang juga memberikan kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman kehilangan anak tersayang.

Ada juga yang memberikan komentar, ada bidadari kecil tunggu di syurga nanti.

Sesungguhnya, kehilangan anak bukannya perkara yang mudah.

Moga keluarga ini terus kuat dan meneruskan hidup demi orang tersayang.

Buat pembaca SinarPlus yang berdepan musibah sama, marilah panjatkan doa dan bacaan al Fatihah buat yang pergi.