TIDAK pernah kenal erti penat! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada pendakwah dan dermawan terkenal, tidak asing lagi iaitu Ustaz Ebit Lew.
Terbaharu, melalui perkongsian di Instagram, beliau membantu seorang wanita di Ipoh yang dikatakan hidup dalam kesusahan setelah suaminya ditahan oleh pihak polis.
Atas dasar keprihatinan, Ustaz Ebit turut menghulurkan sumbangan berupa keperluan bayi dan juga buat anak-anak lain yang masih kecil.
Dalam pada itu, sempat juga Ustaz Ebit azankan dan iqamah bayi yang masih kecil itu atas permintaan ibunya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet amat berterima kasih kepada Ustaz Ebit dan mendoakan kesejahteraan beliau.
Ramai yang turut sayu melihat keadaan keluarga tersebut.
Semoga Ustaz Ebit dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki bagi membantu lebih ramai golongan yang susah.