STIGMA rakyat Malaysia malas susulan kehadiran ramai pekerja asing di Malaysia adalah berpunca daripada sikap memilih dan tidak mahu membuat kerja-kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya mungkin ia tidak tepat lagi.
Kebelakangan ini, terdapat banyak penekanan yang dibuat mengenai kepentingan untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance).
Buktinya, Kuala Lumpur kini menduduki carta lima teratas bandar raya yang disenaraikan oleh syarikat sistem kawalan akses berasaskan ‘cloud’ iaitu Kisi, yang melengkapi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.
Malaysia menduduki tempat ke-4 yang mana carta teratas diungguli oleh Hong kong. Senarai penuh adalah seperti berikut :
- Hong Kong
- Singapura
- Korea Selatan
- Malaysia
- Jepun
Menurut Kisi, sebagai syarikat yang inovatif dalam industri keselamatan, mereka sedia maklum betapa banyak perbezaannya untuk bekerja ketika era pandemik Covid-19.
Memandangkan keadaan kerja dan ekonomi telah berubah secara drastik di kebanyakan bandar sejak pandamik covid-19, Kisi memutuskan meneruskan kajian mereka bagi memperoleh data bandar mana yang paling terkesan oleh wabak tersebut.
Indeks yang dihasilkan memberikan gambaran bagaimana Covid-19 telah berubah dan terus mempengaruhi keseimbangan kerja-kehidupan di bandar-bandar utama di seluruh dunia.
Indeks ini tidak dirancang untuk menjadi indeks keberlangsungan bandar dan juga tidak bertujuan untuk menonjolkan bandar terbaik untuk dikerjakan; sebaliknya, ini adalah petunjuk kemampuan sesebuah bandar raya untuk memberikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat bagi penduduknya.
Selain itu, ia juga mampu memberi peluang untuk menghilangkan tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan.
Untuk memulakan kajian, senarai metropolis dalam permintaan di seluruh dunia dengan kumpulan data yang mencukupi, boleh dipercayai dan relevan telah dipilih.
Lima puluh bandar telah dimuktamadkan untuk merangkumi kota-kota yang terkenal dengan tarikan profesional dan keluarga kerana peluang pekerjaan mereka dan penawaran gaya hidup yang pelbagai serta bandar raya yang sering menjadi indeks kebolehpercayaan.
Jadi, hasil kajian tersebut dan data yang Berjaya direkodkan jelas menunjukkan rakyat Malaysia sangat rajin bekerja dan bukanlah semalas yang disangka sehingga mampu tersenarai antara lima negara terbaik dunia.
Syabas dan tahniah semua!
Sumber : getkisi.com