Pelajar ‘carut’ guru conteng baju bakal didenda RM100 jika sabit kesalahan

Iklan
Pelajar ‘carut’ guru conteng baju bakal didenda RM100 jika sabit kesalahan

BARU-BARU ini tular di media sosial foto menyaksikan aksi dua dari tiga remaja yang menunggang dua motosikal memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru dengan perkataan yang tidak.

Foto tersebut kemudian menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan kedua-dua pelajar tersebut sebagai biadap dan langsung tidak menghormati jasa para guru yang selama ini mendidik mereka.

Iklan
Iklan

Akibat daripada perbuatan tersebut, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu semalam didakwa dimahkamah atas pertuduhan memakai baju yang mempunyai lambing dan tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu kemanana setempat kerana ia ipakai di tempat awam.

Mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri semalam.

Iklan

Bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhkan hukuman kerana menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dan membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM100 dengan seorang penjamin serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan kes laporan akhlak.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimun RM100, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Gayathri manakala kedua-dua ertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nik Naziriani Nik Ab Rahman.

Diharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan pening dalam mendidik dan mencorak perilaku anak-anak.

Setiap ibu bapa hendaklah mendidik anak mereka agar sentiasa memberikan penghormatan buat guru malah negara juga tidak akan membangun tanpa pengorbanan seorang guru.

Islam juga melarang kita memperlekeh apatah lagi mempersendakan usaha murni seorang guru yang sedang mendidik anak bangsa.

Jadi, hargailah guru yang mencurahkan ilmu dan mendidik kita tanpa kenal erti jemu!